Polisi Syarikat

TERMA & SYARAT

Para pelanggan yang dihormati dan dihargai, anda dinasihatkan memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang pesanan atau pembelian produk kami. Selepas anda membeli, bermakna anda telah bersetuju dengan terma dan syarat tanpa paksaan mana-mana pihak.

1. Pembelian produk boleh dibuat melalui laman sesawang kami atau agent di sekitar kawasan anda yang berdaftar. Untuk lihat senarai agent berdaftar sila klik sini

2. Jika membeli secara online , pastikan nama, alamat, poskod, pemilihan produk dan kuantiti diisi dengan betul pada borang. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang anda berikan ketika mengisi borang pesanan.

3. Proses tempahan anda akan mengambil masa 1 ke 3 hari waktu bekerja. Syarikat kami beroperasi 5 hari seminggu (Isnin hingga Jumaat) dan bercuti pada Sabtu, Ahad serta pada cuti umum. Kami akan memastikan dan cuba untuk memproses pesanan anda secepat mungkin selepas pembayaran telah dibuat. Pesanan tempahan anda akan di hantar melalui perkhidmatan kurier yang mempunyai kredebiliti tinggi yang telah kami lantik.

4. Sekiranya berlaku dimana ketiadaan stok produk selepas membuat pembayaran, maka kami berhak dalam memberi pilihan kepada pelanggan kami samada:

– Menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru
– Demi menjaga integriti dan kredibiliti syarikat serta Stokis atau Ejen kami, kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan dari pelanggan.

5. Jika didapati barang dikembalikan kepada kami semula kerana anda tiada dilokasi alamat yang diberikan atau anda tidak menuntut barang di pejabat pos mengikut tempoh, untuk penghantaran semula anda perlu membayar caj penghantaran disebabkan atas kecuaian anda.

POLISI PEMULANGAN BARANG

Semua pemulangan mesti dipos/dihantar kepada kami dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan barang.

Bagi produk Triple-T, Khalifah-T dan Kopi Durian Emas pemulangan produk hanya boleh
dibuat dalam tempoh 3 hari produk diterima dan tidak melebihi 3 paket telah digunakan.

  • Pemulangan wang akan diproses HANYA SELEPAS kami menerima barang tersebut dan proses pemulangan wang biasanya mengambil masa selama 7-14 hari bekerja. Pihak kami akan cuba yang terbaik untuk mempercepatkan lagi masa proses yang diambil.
  • Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas segala kos pemulangan produk.
  • Sekiranya kami tidak menerima barangan tersebut dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan barang, urusan akan ditamatkan SERTA MERTA.

DASAR PRIVASI

Bahagian ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini tidak akan didedahkan pada mana-mana pihak ketiga yang tidak berkaitan. Apa yang anda kongsikan bersama kami, kekal bersama kami

Seperti anda, kami juga tidak sukakan spam. Jadi kami berikrar tidak akan menjual maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan.

Kadang-kala kami melantik syarikat lain untuk menyediakan beberapa perkhidmatan seperti bantuan pemasaran. Kami akan mengehadkan maklumat peribadi yang diberikan kepada mereka, dan mereka hanya mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda yang diperlukan untuk menjalankan fungsinya seperti untuk mengeposkan barang anda. Ia dipantau secara ketat oleh kami supaya maklumat peribadi pelanggan kami sentiasa dilindungi.

Pemasaran

Jika anda memberikan apa-apa maklumat peribadi anda kepada kami, ini bermakna anda membenarkan kami menghubungi anda untuk tujuan pemasaran, termasuklah mesej melalui pos, telefon, SMS atau emel.

Kami akan memastikan kami hanya menghantar pesanan yang mungkin menarik minat anda – sebagai contoh tarikh jualan harga rendah, butir-butir tawaran istimewa atau maklumat tentang produk baru. Jika anda tidak mahu kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran ke atas anda, anda boleh memilih untuk menyingkirkan mesej pemasaran seperti ini pada bila-bila masa dengan menghubungi kami.

Menyimpan maklumat anda dan mengemaskinikannya:
Melindunginya

Kami komited dalam menyediakan kawalan sekuriti yang berpatutan untuk melindungi maklumat peribadi anda terhadap bahaya yang boleh diramal. Memastikan maklumat anda selamat adalah sangat penting kepada kami.